OPS IHSAN: 33,000 LAGI PEK MAKANAN BERJAYA DIHANTAR KE GAZA
“Kita tahu bahawa urusan untuk membawa masuk bantuan itu agak rumit dan memerlukan beberapa proses. Jadi kita telah berjaya menghantar makanan sebanyak 33,000 pek.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata bantuan yang tiba pagi tadi dijangka memanfaatkan lebih 130,000 penduduk terkesan akibat konflik yang sedang berlangsung.
“Kita tahu bahawa urusan untuk membawa masuk bantuan itu agak rumit dan memerlukan beberapa proses. Jadi kita telah berjaya menghantar makanan sebanyak 33,000 pek.
“Setiap satu pek itu boleh digunakan untuk empat orang. Jadi kalau 33,000 pek bermakna 132,000 orang boleh menerima manfaat daripada bantuan setakat pagi tadi,” katanya pada Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Sesi Kamar Khas itu diadakan susulan usul yang dibawa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan iaitu keperluan bagi Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Kementerian Luar (Wisma Putra) menurut Mohamad akan meneruskan usaha menghantar lebih banyak lagi pek makanan selain daripada 100 tan makanan yang telah dihantar sebelum ini.
“Kita juga akan meneruskan usaha lain untuk menghantar beberapa lagi barangan bantuan kita ke Gaza. Kita sedang dalam perundingan untuk menghantar melalui jalan laut bermula di Port Klang hingga ke Mesir.
“… insya-Allah kita akan hantar pada penghujung Mac dan dijangka akan sampai (ke Mesir) pada 8 Mei,” katanya.
Selain itu Mohamad berkata Wisma Putra dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang berbincang tentang penghantaran sebuah pasukan perubatan ke hospital-hopital medan di Palestin yang dikendalikan oleh Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Turkiye.
“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang ingin melihat segala bentuk bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Palestin dapat diatur gerak melalui kolaborasi bersepadu, KKM dan Sekretariat Ops Ihsan sedang mempertimbangkan latihan kepada ahli pasukan khususnya bagi persediaan fizikal dan mental serta kebolehan berbahasa Arab,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager