Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUAL KURMA DARI ISRAEL: SYARIKAT MATAHARI MOHON MAAF, BERI ALASAN TERLEPAS PANDANG

DALAM NEGARA

JUAL KURMA DARI ISRAEL: SYARIKAT MATAHARI MOHON MAAF, BERI ALASAN TERLEPAS PANDANG

KUALA LUMPUR: Syarikat pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd yang terkait isu penjualan kurma dari Israel tampil memohon maaf kepada umum semalam.

FOTO: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Syarikat pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd yang terkait isu penjualan kurma dari Israel tampil memohon maaf semalam.

Menurut kenyataan syarikat itu, pada Jun 2022, mereka telah menerima penghantaran pelbagai makanan termasuk kurma terbabit daripada pembekal di Greece, kemudian bertindak melabel setiap produk mengikut negara asal barangan dan terlepas pandang sensitiviti rakyat Malaysia terhadap negara haram Israel.

“Sijil yang diberikan oleh pengedar kami menyatakan kurma itu berasal dari Israel atau wilayah Palestin yang dijajah.

“Akibat terlepas pandang dan tidak sensitif dengan isu itu (Palestin), kami terus melabelkan produk termasuk meletakkan Israel sebagai negara asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu hanya menyedari kesilapan selepas penjualan kurma dari negara haram berkenaan tular di media sosial dan dihubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum bertindak segera mengarahkan penjual menarik semula produk terbabit.

“Kami ingin menyatakan bahawa Matahari tidak pernah secara sedar atau sengaja memesan produk atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel, dan tidak pernah melanggar sebarang peraturan.

“Kami berkongsi kebimbangan sesama rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Islam, dan ingin mengesahkan bahawa kami tidak menyokong Israel dalam apa cara sekalipun,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini Berita Alhijrah mendedahkan syarikat terbabit telah bertindak menjual kurma dengan label ‘produk Israel’ secara terbuka.

Susulan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan pada Selasa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading