PASUKAN PERUBATAN BANTUAN AKAN DIHANTAR KE PALESTIN – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan itu.
Menurut kenyataan itu penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, menurut KKM penghantaran alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat .
Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov lepas, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 Nov, masing-masing sebanyak 20 tan.
Menurut KKM penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN.
Bantuan tersebut meliputi alat-alat consumable seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian.
Kementerian itu memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.
KKM turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.
Menurut KKM ia perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera.
Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat yang disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35 hospital yang terdapat di Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha untuk memulihkannya, selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital yang masih beroperasi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager