PBB DESAK SIASATAN BEBAS SERANGAN KAPAL BANTUAN KE GAZA, GESA SEKATAN DIBATALKAN
Kapal Conscience, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, terbakar selepas didakwa dibom menggunakan dron pada awal pagi Jumaat ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh pejabat akhbar Kerajaan Malta pada 2 Mei 2025 menunjukkan sebuah kapal Malta Vessel Traffic Services (VTS) sedang menyiram kapal Conscience (R), selepas mereka menerima panggilan kecemasan melaporkan kebakaran pada haluan ketika berada di luar perairan wilayah. (Sumber gambar: Malta Government Press Office / AFP)
GENEVA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu menggesa siasatan bebas dijalankan terhadap serangan dron ke atas sebuah kapal bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Malta, selain memperbaharui gesaan agar Israel menamatkan sekatan ke atas wilayah itu yang disifatkan sebagai “hukuman kolektif.”
“Kami mengikuti laporan membimbangkan berhubung insiden ini. Walaupun kami tidak dapat mengesahkannya secara bebas, amat penting untuk siasatan yang bebas, tidak berat sebelah dan berkesan dijalankan oleh pihak berkuasa berwibawa bagi memastikan akauntabiliti terhadap kejadian kebakaran dan panggilan kecemasan di perairan antarabangsa itu,” kata jurucakap hak asasi manusia PBB, Thameen Al-Kheetan, dalam kenyataan kepada Anadolu Ajansi.
Kapal berkenaan, Conscience, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, terbakar selepas didakwa dibom menggunakan dron pada awal pagi Jumaat ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kerajaan Malta mengesahkan kebakaran itu berjaya dikawal dengan bantuan bot tunda berhampiran, dan kesemua 12 anak kapal serta empat orang awam di atas kapal berada dalam keadaan selamat walaupun mereka enggan meninggalkan kapal.
Kapal itu kini masih berada di perairan antarabangsa dan sedang dipantau.
Freedom Flotilla Coalition menyalahkan Israel atas serangan itu dan menggesa duta Israel dipanggil untuk menjelaskan pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk sekatan dan pengeboman kapal awam tersebut.
Pelapor khas PBB bagi Palestin, Francesca Albanese, turut mengecam serangan berkenaan dan menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengecam tindakan itu serta menuntut siasatan segera.
Kumpulan Palestin Hamas turut menuduh Israel dan merayu Majlis Keselamatan PBB agar mengambil tindakan terhadap “pelanggaran” yang dilakukan rejim Zionis itu.
Al-Kheetan turut menarik perhatian kepada krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, menyatakan bahawa sekatan ke atas pergerakan dan aliran barangan telah menjejaskan penduduk sejak lebih 17 tahun lalu.
“Ini merupakan bentuk hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza,” katanya.
Beliau berkata keadaan semakin memburuk sejak Israel menyekat semua kemasukan barangan ke Gaza bermula 2 Mac lepas, sekali gus memburukkan lagi situasi yang sedia terdesak.
“Hukuman kolektif dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” tegasnya.
“Sebagai kuasa pendudukan, Israel bertanggungjawab di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan mencukupi bagi penduduk, atau bersetuju serta memudahkan sepenuhnya misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh negara lain atau pertubuhan berkecuali,” tambahnya.
“Kami menggesa Israel supaya segera menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan penting yang menyelamatkan nyawa,” katanya.
Hampir 52,500 rakyat Palestin terbunuh di Gaza akibat serangan ganas Israel sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked