Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIDANG KEMUNCAK ASEAN: CADANGAN WFH, PDPR MASIH DITELITI – FAHMI

DALAM NEGARA

SIDANG KEMUNCAK ASEAN: CADANGAN WFH, PDPR MASIH DITELITI – FAHMI

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan dua minggu lepas dan beliau percaya Sekretariat ASEAN di Wisma Putra sedang melakukan penelitian terperinci berhubung isu ini.

Fahmi Fadzil –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan bekerja dari rumah bagi penjawat awam, serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk pelajar sekolah sempena Sidang Kemuncak ASEAN, akhir bulan ini.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan dua minggu lepas dan beliau percaya Sekretariat ASEAN di Wisma Putra sedang melakukan penelitian terperinci berhubung isu ini.

“Fokusnya ialah kepada warga yang mungkin bekerja ataupun di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang akan diadakan.

“Mengikut kalendar dijangka Sidang Kemuncak ASEAN ini akan berlaku dalam hujung Mei dan saya percaya dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang, sama ada minggu ini atau pun minggu berikutnya kita akan ada maklumat tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kesihatan Awam Universiti Malaya: Kencing Manis Bukan Halangan di IWK Ecopark Pantai Dalam, di sini hari ini.

Fahmi berkata bagi beberapa sektor seperti pendidikan, perkara berkenaan juga boleh dirujuk dengan Menteri Pendidikan dan bagi penjawat awam dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan pelaksanaan WFH dan PdPR ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan, akan dibawa kepada perhatian Kabinet.

Mohamad berkata cadangan ini timbul, berikutan kesulitan dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terkesan akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading