JOHOR BAHRU: Menghormati Awal Muharam 1448H, pawagam-pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas di Johor Bahru akan ditutup sementara selama 24 jam bermula jam 7 malam, 16 Jun hingga jam 7 malam, 17 Jun.
Pawagam yang terlibat antaranya GSC Paradigm Mall JB, GSC The Mall Mid Valley Southkey JB, GSC KSL City Mall, GSC Sunway Big Box, GSC AEON Bandar Dato Onn Kempas, Aurum Theatre dan The Mall Mid Valley Southkey JB.
Ia termasuk TGV Toppen, TGV Tebrau City, TGV Bukit Indah dan TGV Tasek Central.
“Semua tayangan yang dijadualkan dalam tempoh ini akan dibatalkan.
“Bagi pembelian tiket dalam talian, bayaran balik akan dikreditkan secara automatik ke kaedah pembayaran asal anda dalam tempoh 14 hari bekerja.
“Bagi pembelian melalui e-Kiosk, sila kembali ke pawagam untuk mendapatkan bayaran balik setelah kami menyambung semula operasi,” menurut kenyataan GSC, hari ini.
Terdahulu Pejabat Daerah Johor Bahru mengedarkan pekeliling memaklumkan semua premis pusat hiburan hendaklah ditutup sementara operasi bagi menghormati sambutan Awal Muharam.–AlHijrah Online