Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM ANWAR UCAP SELAMAT ULANG TAHUN KE-16 BUAT TV ALHIJRAH

DALAM NEGARA

PM ANWAR UCAP SELAMAT ULANG TAHUN KE-16 BUAT TV ALHIJRAH

Dalam dunia media yang semakin mencabar dan pantas berubah, TV AlHijrah terus membuktikan bahawa penyiaran yang berteraskan nilai, ilmu dan hikmah tetap mempunyai tempat yang istimewa di hati masyarakat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-16 kepada stesen penyiaran Islamik pertama Malaysia, TV AlHijrah.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, TV AlHijrah terus mengukuhkan peranannya sebagai platform penyiaran yang menyampaikan nilai, ilmu dan hikmah kepada masyarakat.

“Dalam dunia media yang semakin mencabar dan pantas berubah, TV AlHijrah terus membuktikan bahawa penyiaran yang berteraskan nilai, ilmu dan hikmah tetap mempunyai tempat yang istimewa di hati masyarakat.

“Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin untuk TV AlHijrah terus melangkah maju sebagai wadah pencerahan ummah, memperkukuh kefahaman Islam yang sederhana, menyemai nilai kemanusiaan serta mendukung cita-cita Malaysia MADANI,” katanya.

TV AlHijrah menyambut ulang tahun pada setiap 1 Muharam, yang mula dilancarkan operasinya secara rasmi pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432H.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading