Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAMPUKAH DANA AS$24 BILION IRAN DICAIRKAN? PENENTUANNYA JUMAAT INI

DUNIA

MAMPUKAH DANA AS$24 BILION IRAN DICAIRKAN? PENENTUANNYA JUMAAT INI

Iran meletakkan syarat tegas iaitu rundingan akhir tidak akan bermula selagi separuh daripada dana mereka yang dibekukan belum dicairkan.

                                                                                      Foto: AFP

Walaupun Iran telah memberikan lampu hijau berhubung perjanjian damai, situasi selepas hari Jumaat ini dijangka kekal tegang disebabkan perbezaan tafsiran antara kedua-dua belah pihak.

Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi menegaskan bahawa keutamaan mutlak Tehran dalam tempoh 60 hari itu adalah penghapusan terus semua sekatan, termasuk resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Selain itu, Kejayaan Iran dalam memastikan kelulusan pencairan dana AS$24 bilion serta penangguhan sekatan eksport minyak mentah dipercayai menjadi faktor utama mengapa Tehran yang sebelum ini berkeras menolak kini terbuka untuk mengesahkan perjanjian itu.

Malah, agensi berita Mehr melaporkan bahawa Iran meletakkan syarat tegas iaitu rundingan akhir tidak akan bermula selagi separuh daripada dana mereka yang dibekukan belum dicairkan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa AS bertindak pantas menolak mentah-mentah dakwaan prasyarat tersebut.

Dalam pada itu, sekutu kuat AS iaitu Israel, masih memilih untuk mengunci mulut dan belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. Beberapa jam sebelum berita keamanan ini diumumkan, tentera Israel sempat melancarkan serangan udara di Beirut, Lubnan.

Presiden AS Donald Trump turut mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dengan melabelnya sebagai seorang pemimpin yang sangat sukar untuk dibawa berbincang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading