Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JPJ KEDAH SITA 18 MOTOSIKAL WARGA ASING

DALAM NEGARA

JPJ KEDAH SITA 18 MOTOSIKAL WARGA ASING

Kesemua motosikal itu melibatkan penunggang dan pembonceng warga asing etnik Rohingya yang mendakwa kenderaan berkenaan dipinjam dengan kebenaran pemilik.

Foto: JPJ Kedah

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita 18 motosikal dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di Jitra, Jumaat lalu, selepas mendapati pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng warga asing.

Jabatan Pengangkutan Jalan memaklumkan kesemua motosikal itu melibatkan penunggang dan pembonceng warga asing etnik Rohingya yang mendakwa kenderaan berkenaan dipinjam dengan kebenaran pemilik.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata operasi selama tiga jam bermula 9 pagi itu turut mengeluarkan 160 notis saman atas pelbagai kesalahan, termasuk memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa kesalahan lain.

“Setiap pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan serta pematuhan peraturan jalan raya sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dalam operasi berkenaan yang turut melibatkan tindakan terhadap pelbagai kesalahan trafik di lokasi terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan trafik boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading