Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI, DUA ANGGOTA POLIS DITAHAN POSITIF DADAH

DALAM NEGARA

PEGAWAI, DUA ANGGOTA POLIS DITAHAN POSITIF DADAH

Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Koperal antara 152 individu ditahan kerana positif terhadap dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, Kuching, Ahad lepas. 

Sumber Gambar: BERNAMA

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Koperal antara 152 individu ditahan kerana positif terhadap dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, di sini, Ahad lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media di sini hari ini berkata ketiga-tiganya yang berusia antara 45 hingga 49 tahun disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas hasil saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM197,458 selain menyita harta yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Katanya serbuan pada 1.20 hingga 6 pagi itu memeriksa seramai 204 pengunjung sebelum hasil pemeriksaan mendapati 152 daripadanya positif terhadap dadah.

“Mereka yang positif dadah ini berusia antara 19 hingga 54 tahun dan disiasat di bawah seksyen sama,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading