Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

2,072 EKOR HAIWAN KORBAN DI MASJID, SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN

DALAM NEGARA

2,072 EKOR HAIWAN KORBAN DI MASJID, SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,072 ekor haiwan akan dikorbankan di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,072 ekor haiwan akan dikorbankan di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Haiwan korban itu meliputi 1,739 ekor lembu, 12 ekor kerbau, dan 321 ekor kambing.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ibadah korban dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau dengan syarat mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Veterinar.

“Masjid Wilayah Persekutuan akan melaksanakan ibadah korban selepas solat sunat Hari Raya melibatkan 10 ekor lembu,” kata JAWI.

Sementara itu jabatan agama tersebut turut memaklumkan waktu solat sunat Aidiladha 1444H di masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada 8.15 pagi.

Manakala bagi waktu solat bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula adalah pada 8.00 pagi.

“Teks khutbah boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi JAWI,” jelas jabatan agama itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading