Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAKIT KETUMBUHAN OTAK AGRESIF, ADIK LUTH MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PESAKIT KETUMBUHAN OTAK AGRESIF, ADIK LUTH MENINGGAL DUNIA

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM), Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff, 4 tahun, meninggal dunia tengah hari tadi.

Tangkap layar di Instagram @luthfighterboy

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM), Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff, 4 tahun, meninggal dunia tengah hari tadi.

Dalam satu hantaran di Instagram @luthfighterboy, Mas Muhammad Luth atau Luth menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12.14 tengahari di Subang Jaya.

“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff telah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan reda dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT,” kata catatan di Instagram @luthfighterboy.

Dalam muat naik Instagram Story @luthfighterboy memaklumkan, jenazah akan dimandikan serta disolatkan di Masjid Puncak Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam selepas solat Asar petang ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Luth telah didiagnosis penyakit jarang jumpa itu pada 31 Januari lalu dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

Bagaimanapun, ibunya Mas Hazirah Saifuddin, 33, berkata, ketumbuhan itu dikesan masih aktif dan agresif sehingga menganggu kesihatannya sebelum dimasukkan ke hospital dan ditidurkan sementara pada 17 Jun lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading