Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA, BAYI 10 BULAN MAUT KERETA DINAIKI BERTEMBUNG TRELER

DALAM NEGARA

BAPA, BAYI 10 BULAN MAUT KERETA DINAIKI BERTEMBUNG TRELER

Seorang peniaga dan anak lelakinya berusia 10 bulan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, awal pagi tadi.

Sumber Gambar: JBPM Pahang

KUANTAN: Seorang peniaga dan anak lelakinya berusia 10 bulan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kemalangan kira-kira 1.15 pagi itu menyebabkan Azirul Azeem Mazri, 30, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Muhammad Adhwa meninggal dunia di Hospital Rompin.

Beliau berkata kedua-dua mangsa cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang kereta, Farah Nasuha Johari, 30, yang merupakan isteri Azirul Azeem tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati Azirul Azeem dari arah Johor Bahru ke Kuantan telah memotong kenderaan lain dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah Kuantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azahari, pemandu treler berusia 30 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pahang memaklumkan lapan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rompin digegaskan lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading