REHLAH IBRAHIM: PENGEMBARAAN MISI KORBAN YANG MENGINSAFKAN
KUALA LUMPUR: Pengalaman menyertai misi korban ke tiga lokasi iaitu di Pahang, Kemboja dan Tanzania bagi rakaman program Rehlah Ibrahim memberikan keinsafan selain kenangan yang tidak boleh dilupakan buat krew produksi TV AlHijrah.
Muhammad Hafeez (kiri) dan Hanan (kanan) menyaksikan lafaz syahadah saudara baru ketika di Kemboja.
KUALA LUMPUR: Pengalaman menyertai misi korban ke tiga lokasi iaitu di Pahang, Kemboja dan Tanzania bagi rakaman program Rehlah Ibrahim memberikan keinsafan selain kenangan yang tidak boleh dilupakan buat krew produksi TV AlHijrah.
Peluang menjejakkan kaki dan melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam yang miskin di luar negara melahirkan rasa syukur terhadap nikmat yang diberikan Allah SWT untuk umat Islam di Malaysia.
Rasa sebak dan insaf itu juga menyuntik semangat untuk membantu apa yang mampu bagi meringankan beban umat Islam yang kurang bernasib baik.
“Ketika misi korban di Kemboja, kita bukan sahaja insaf melihat kehidupan serba kekurangan masyarakat di sana tapi kita juga dapat pengajaran berharga melihat penduduk Islam dan bukan Islam mempunyai hubungan yang amat baik.
“Terdapat juga sekolah yang didirikan orang Islam di sana menerima pelajar bukan Islam yang kurang berkemampuan. Ini secara tidak langsung menjadi usaha penyebaran dakwah Islam di sana,” kata Pengacara TV AlHijrah, Hanan Abd Rahman.
Program Rehlal Ibrahim dibawakan oleh EZ Qurban yang merupakan sebuah syarikat pengendali ibadah korban dan akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti fidyah, derma dan wakaf.
Menurut Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus usaha penghasilan program Rehlah Ibrahim adalah untuk memberi kesan mendalam kepada penonton mengenai ibadah korban selain membawa mereka melihat sendiri pengurusan ibadah korban oleh EZ Qurban.
“Melalui Rehlah Ibrahim ini kita harap penonton dapat menghayati bagaimana ibadah korban itu dapat membantu masyarakat Islam termasuk yang jauh beribu batu,” kata Muhammad Hafeez.
Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus
Selain misi korban di luar negara, rakaman program Rehlah Ibrahim turut dilaksanakan di Malaysia iaitu di negeri Pahang.
Bagi seorang lagi pengacara Rehlah Ibrahim, Jalal Zaiki walaupun kehidupan umat Islam di negara ini jauh lebih baik berbanding Kemboja dan Tanzania namun masih terdapat golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan.
“Dalam misi korban di Pahang bantuan diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan termasuk golongan muda dan warga emas.
“Ziarah kami melihat mereka yang diuji dengan nikmat kesihatan membuatkan kami rasa sangat insaf dengan rezeki berbentuk kesihatan yang diberikan Allah SWT,” katanya.
Ziarah penduduk di Felda Chemomoi, Pahang
Jalal dalam pada itu berharap program Rehlah Ibrahim akan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk melakukan ibadah korban yang bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi memberi manfaat kepada orang lain.
Saksikan episod terakhir Rehlah Ibrahim yang akan disiarkan 10 malam ini di TV AlHijrah.
Rehlah Ibrahim merupakan sebuah program travelog yang membawa kisah dan teladan Nabi Ibrahim.
Orang ramai yang berminat untuk melakukan ibadat korban serendah RM350 sebahagian melalui EZ Qurban boleh layari http://www.ezqurban.org atau hubungi 1-800-885-885 untuk maklumat lanjut.
Penyertaan korban bersama EZ Qurban dibuka sehingga 11 Zulhijjah ini.— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager