Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGARAH VETERAN ‘MAT LONDON’ TENAT, KELUARGA MOHON DOA

DALAM NEGARA

PENGARAH VETERAN ‘MAT LONDON’ TENAT, KELUARGA MOHON DOA

Sumber: Facebook Ahmad Ibrahim (Mat London)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, dilapor kritikal dan sedang ditidurkan.

Ahmad dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

Menurut anaknya, Amie Sofia Ahmad, seluruh anggota keluarga akan berkumpul di HKL hari ini susulan keadaan kesihatan Ahmad yang merosot.

“Keadaan Papa masih sama, bergantung dengan oksigen. Masih di ICU, HKL. Kami adik beradik akan berada di HKL hari ini,” jelas Amie ketika dihubungi Alhijrah Online melalui Whatsapp.

Amie Sofia adalah salah seorang pengacara program bual bicara pagi, Assalamualaikum, terbitan TV Alhijrah.

Sementara itu, Amie Sofia turut berterima kasih di atas doa dan perhatian yang diberikan oleh pelbagai pihak berikutan ujian yang melanda keluarganya ketika ini.

Media tempatan sejak minggu lalu turut melaporkan keadaan Ahmad yang turut berdepan komplikasi penyakit lain sekali gus menjejaskan keadaan kesihatannya. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading