Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR WARGA CHINA MAUT DISYAKI TERJATUH DARI TINGKAT 18 KONDOMINIUM DI NILAI

DALAM NEGARA

PELAJAR WARGA CHINA MAUT DISYAKI TERJATUH DARI TINGKAT 18 KONDOMINIUM DI NILAI

Seorang pelajar lelaki warga China ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai pagi tadi.

Sumber: Media Sosial

SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki warga China ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menghubungi talian kecemasan 999 memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring di aras lima bangunan berkenaan pada 7 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun merupakan seorang pelajar yang tinggal di kondominium tersebut bersama seorang rakan senegara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati tiada kesan kecederaan luaran yang mencurigakan pada tubuh mangsa, selain pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.

Abdul Malik berkata tiada barangan peribadi mangsa dilaporkan hilang di dalam rumahnya.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading