INSPEKTOR SHEILA DIDAKWA LAGI ATAS TUDUHAN HALANG TUGAS ANGGOTA POLIS
Seorang pegawai polis dikenali sebagai “Inspektor Sheila”, didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenali sebagai “Inspektor Sheila”, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lepas.
Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu didakwa telah dengan sengaja menghalang pegawai polis iaitu Lans Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, daripada menjalankan tugasnya meronda cegah jenayah di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi di sini antara 8.15 malam sehingga 8.30 malam, 4 Nov.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila memohon jaminan RM500 dengan alasan anak guamnya merupakan penjawat awam dan telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia selama sembilan tahun.
Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan wanita itu diikat jamin RM6,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan 2026 untuk sebutan kes.
Semasa polis membawa Sheila ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan, dia yang memakai blaus dan skirt berwarna merah jambu dilihat tersenyum sambil menegur media, namun mempersoalkan media yang mengambil gambarnya dan menegaskan ia perlu mendapat kebenarannya.
Media sebelum ini melaporkan pada kejadian 4 Nov, wanita berkenaan telah menuduh anggota bertugas tidak mengetahui undang-undang dan memperlekeh tindakan pihak polis, selain mendakwa anggota berkenaan mengugut warga asing terbabit.
Terdahulu, tular video dimuat naik wanita itu di laman sosial mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.
Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager