Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANGGOTA POLIS CEDERA DIREMPUH PENUNGGANG Y15ZR

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS CEDERA DIREMPUH PENUNGGANG Y15ZR

Seorang anggota polis trafik cedera di paha kiri selepas terjatuh ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal yang bertindak melarikan diri dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Jerteh, di Besut malam tadi.

BESUT: Seorang anggota polis trafik cedera di paha kiri selepas terjatuh ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal yang bertindak melarikan diri dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Jerteh, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu berlaku ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut berkenaan menjalankan Op Motosikal.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab. Rahim, berkata, kejadian bermula apabila anggota terbabit cuba menahan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hitam dan merah yang tidak mempunyai nombor pendaftaran serta ditunggang tanpa memakai topi keledar.

“Penunggang lelaki itu bagaimanapun bertindak memecut motosikal secara tiba-tiba sehingga menyebabkan anggota polis berkenaan terjatuh.

“Akibat kejadian itu, anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian paha kiri sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Besut atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top