Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI KAWASAN TERBUKA TIDAK LAGI DIWAJIBKAN

DALAM NEGARA

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI KAWASAN TERBUKA TIDAK LAGI DIWAJIBKAN

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media berhubung beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kementerian Kesihatan hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, bagi kawasan di dalam bangunan arahan pemakaian pelitup muka adalah kekal wajib.

“Pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan termasuk gedung membeli belah dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

“Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ujar Khairy, pelitup muka bagaimanapun boleh ditanggalkan semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan, sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang, ketika sedang makan dan minum, ketika sedang berucap dan membuat persembahan.

Khairy dalam pada itu memaklumkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka amat digalakkan kerana ia mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka disaran terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak, individu yang bergejala, individu berisiko tinggi, melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Kata Khairy, ketetapan baharu itu akan mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2022. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading