KEMASUKAN KE PREMIS TIDAK LAGI MENGIRA STATUS VAKSINASI

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media berhubung beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kementerian Kesihatan hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyemak semula keperluan vaksinasi lengkap untuk kemasukan ke premis.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bermula 1 Mei 2022, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah mereka yang positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

“Selain itu turut tidak dibenarkan individu dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Oleh itu beliau menjelaskan, pemilik premis tidak lagi perlu melihat status vaksinasi pelanggan tetapi hanya menyemak sama ada pelanggan positif COVID-19 atau tidak melalui aplikasi MySejahtera. – AlHijrah Online

Leave a Reply