TARIKH RASMI HARI RAYA AIDILFITRI HANYA SELEPAS AKTIVITI CERAPAN ANAK BULAN
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini tampil memperjelaskan isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini tampil memperjelaskan isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media sosial.
Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Kaedah itu katanya adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua negeri.
Oleh itu Hakimah berkata, tarikh rasmi 1 Syawal hanya akan diketahui selepas aktiviti cerapan anak bulan di lokasi yang telah ditetapkan.
“Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M.
“Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
“Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Hakimah, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan.
Oleh itu beliau menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak berautoriti. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked