Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELATIH SILAT DIDAKWA HINA INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG

JENAYAH

PELATIH SILAT DIDAKWA HINA INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG

Seorang pelatih silat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerbitkan hantaran berunsur hasutan yang didakwa menghina institusi Yang di-Pertuan Agong tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih silat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerbitkan hantaran berunsur hasutan yang didakwa menghina institusi Yang di-Pertuan Agong tahun lalu.

Tertuduh, Raden Mohd Azrul Amirulla, 36, didakwa memuat naik hantaran berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada 2.30 petang, 23 Disember 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam Farhanna Roslan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai perawat perubatan tradisional dan pelatih silat memperoleh pendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan, selain menanggung ibu serta enam orang anak.

“Hukuman denda (bagi kesalahan itu) tidak melebihi RM5,000, jadi wang jaminan tidak sepatutnya tinggi. Anak guam saya juga memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan dijalankan,” katanya yang memaklumkan tertuduh menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Hakim Tasnim Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading