Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANCING UDANG DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

PEMANCING UDANG DITEMUKAN LEMAS

Lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus ketika memancing udang galah di Sungai Besut berhampiran Empangan Pengkalan Nangka dekat Kuala Besut, di Jertih semalam, ditemukan lemas pagi tadi.

JERTIH: Lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus ketika memancing udang galah di Sungai Besut berhampiran Empangan Pengkalan Nangka dekat Kuala Besut, di sini semalam, ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Husin Jusoh, 46, ditemukan pada jam 7.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira 250 meter daripada tempat terakhir mangsa dilihat tenggelam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata keluarga mangsa telah membuat pengecaman dan mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut, untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan 9 pagi dan polis membuka kertas siasatan SDR (kematian mengejut) dan sedang menunggu laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, Husin dari Kampung Telaga Papan, Pasir Putih, Kelantan dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama seorang rakannya, berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) pada pukul 1 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading