PEMANDU MABUK SEBABKAN KEMATIAN PASANGAN SUAMI ISTERI DIDAKWA DI MAHKAMAH
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri di Pasir Gudang, 16 Nov lepas.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri di Pasir Gudang, 16 Nov lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Nageshvaran Sangaram, 34, didakwa memandu sebuah kenderaan jenis Proton Alza dengan kandungan alkohol dalam badan sebanyak 170 miligram per 100 mililiter darah, melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Linda Mohd A Aziz.
Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu kenderaan yang sama dengan kandungan alkohol yang sama sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Mohamad Redzwan Mohd Rudi.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar/Jalan Mesjid Pusat Bandar Pasir Gudang, kira-kira 4.15 pagi.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjaran maksimum 15 tahun serta denda sehingga RM100,000.
Tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.
Majistret Nor Farhana Mohd Ishak membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri dua kali sebulan di Balai Polis Johor Jaya.
Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung dan pasport diserahkan kepada mahkamah sementara kes dibicarakan.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Insp S Vikineswary manakala tertuduh diwakili peguam K Sarawanakumar.
Mahkamah menetapkan 14 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.
Pada 16 Nov lepas, media melaporkan Mohamad Redzwan, 37, dan isterinya, Linda, 35, maut selepas motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta MPV dipandu seorang lelaki mabuk.
Pasangan berkenaan meninggalkan lima anak berusia antara tiga hingga 17 tahun. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager