Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM MAUT KEMALANGAN DI LPT2

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM MAUT KEMALANGAN DI LPT2

Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 306.3 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira 6 pagi tadi.

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 306.3 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Mohd Noor Yunus, 37, ketika kejadian memandu dari arah Kuala Terengganu menuju ke tempat kerjanya di Kemaman.

“Setibanya di lokasi, kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar binaan tersebut.

“Kesan rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu apabila besi penghadang berkenaan menembusi bahagian hadapan keretanya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hanyan berkata Mohd Noor maut di lokasi kejadian berikutan cedera parah pada kepala dan anggota badan. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Khairulhasni Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.12 pagi sebelum sepuluh anggota dikerahkan ke lokasi untuk kerja penyelamatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading