Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAJAR SBP DI KUALA KANGSAR DITEMUI MAUT DALAM KAWASAN SEKOLAH

DALAM NEGARA

PELAJAR SBP DI KUALA KANGSAR DITEMUI MAUT DALAM KAWASAN SEKOLAH

Seorang pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah hari ini. Jenazah mangsa difahamkan dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

KUALA KANGSAR: Seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah ini ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati beberapa kenderaan polis berada di pekarangan sekolah dipercayai bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Setakat ini, belum ada pengesahan lanjut atau kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa mengenai punca kejadian.

Difahamkan, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top