Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TERSEPIT, KERETA REMPUH DUA KENDERAAN LAIN SEBELUM TERBALIK 

DALAM NEGARA

PEMANDU TERSEPIT, KERETA REMPUH DUA KENDERAAN LAIN SEBELUM TERBALIK 

Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh dua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelum terbalik berhampiran dengan Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini.

Sumber: JBPM Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh dua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelum terbalik berhampiran dengan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.36 pagi.

“Sebaik tiba didapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan, iaitu sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dipandu lelaki berusia 38 tahun merempuh dua kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan.

“Kemalangan hanya melibatkan seorang mangsa manakala pemeriksaan mendapati tiada individu lain di dalam dua lagi kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan dihantar ke HSJ untuk merima rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading