KES ROGOL DI SEKOLAH: SUSPEK TIDAK TERLEPAS HUKUMAN, TELAH DIBUANG SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan kebenaran diberikan kepada suspek kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak bermakna mereka akan terlepas daripada hukuman.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan kebenaran diberikan kepada suspek kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak bermakna mereka akan terlepas daripada hukuman.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata Lembaga Tatatertib Sekolah memutuskan kesemua empat suspek dibuang sekolah serta-merta dan tidak akan menduduki SPM di sekolah asal mereka.
“Suspek yang terlibat tidak akan mengambil SPM di sekolah. Sebaliknya mereka akan berada (menduduki peperiksaan) di tempat yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau di tempat yang berasingan daripada pusat di sekolah mereka,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Mohd Azam berkata kes berkenaan sedang disiasat pihak polis dan KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses siasatan.
“KPM berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses siasatan yang sedang berjalan. Kita inginkan keadilan dapat ditegakkan dan sesiapa saja yang bersalah, KPM bertegas mereka perlu dihukum,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan dirogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 2 Okt lepas dalam sebuah kelas di sekolah tersebut dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.
Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah, sebelum membuat laporan polis.
Empat pelajar lelaki yang bakal menduduki SPM direman enam hari hari ini, selepas disyaki melakukan perbuatan tersebut.
Susulan kejadian tersebut, Mohd Azam berkata KPM akan mengeluarkan garis panduan keselamatan sekolah yang komprehensif pada Disember ini, selepas menerima dapatan daripada beberapa jawatankuasa khas yang kini sedang menjalankan audit keselamatan.
“Menteri akan mengumumkan garis panduan yang kita tambah baik, yang kita murnikan lagi mengikut kesesuaian dan perubahan zaman,” katanya.
Beliau berkata cadangan untuk mewajibkan sekolah premis sekolah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) juga dipertimbangkan, dalam perangkaan garis panduan tersebut.
“Kita akan lihat nanti daripada pemantauan jawatankuasa khas keselamatan itu, antara usaha kita untuk dapatkan peruntukan untuk CCTV,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests