Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMILIK LORI DIDENDA HALANG PENJAWAT AWAM

UTAMA

PEMILIK LORI DIDENDA HALANG PENJAWAT AWAM

Seorang pemilik lori didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, kerana menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas pada Rabu lepas.

Sumber: Media Sosial

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik lori didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas pada Rabu lepas.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman tersebut, selepas Mohammad A’imullah Che Ambok, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda. 

Mengikut pertuduhan, Mohammad A’imullah didapati telah dengan sukarela menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai JPJ yang dalam menjalankan fungsi awamnya pada 1.30 tengah hari pada Rabu, di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Jalan Tepoh di sini. 

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Sebelum ini dilaporkan seorang pemilik lori bertindak nekad membakar kenderaan miliknya sendiri, semata-mata bagi mengelak disita JPJ Terengganu.

Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata kejadian berlaku ketika pasukan rondaan JPJ mengesan sebuah lori disyaki melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan.

Beliau berkata pihaknya mendapati lori itu dipandu seorang remaja bawah umur, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh lebih dua tahun, serta dikesan gagal menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sejak 2023.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading