KEMBOJA MULAKAN PENARIKAN BALIK SENJATA DI BAWAH PERJANJIAN DAMAI KL
Kemboja memulakan pemindahan senjata tenteranya di sepanjang sempadan pertikaian dengan Thailand selepas kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur (Perjanjian Damai KL) pada Ahad.
PHNOM PENH: Kemboja memulakan pemindahan senjata tenteranya di sepanjang sempadan pertikaian dengan Thailand selepas kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur (Perjanjian Damai KL) pada Ahad.
Agensi berita negara, Agence Kampuchea Presse melaporkan bahawa operasi itu dijalankan dengan pemerhatian Pasukan Pemerhati ASEAN dan Kementerian Pertahanan sejak malam Ahad.
Fasa pertama penarikan balik kelengkapan ketenteraan telah sampai ke Daerah Banteay Srei di Wilayah Siem Reap.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul menandatangani perjanjian damai itu yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sedang diadakan di Kuala Lumpur.
“Pemindahan senjata ini merupakan langkah pertama sebagai simbol komitmen untuk melaksanakan Perjanjian Damai KL,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Mali Socheata seperti dilaporkan media kerajaan pada Isnin.
Penandatanganan Perjanjian Damai KL bertujuan merasmikan perjanjian gencatan senjata terdahulu yang dicapai lebih awal selepas Kemboja dan Thailand bersetuju menamatkan konflik sempadan mereka semasa Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) di Kuala Lumpur pada 7 Ogos.
Mesyuarat itu diadakan susulan Mesyuarat Khas pada 28 Julai di Putrajaya yang berjaya menghentikan pertempuran bersenjata selama lima hari di bahagian utara Kemboja.
Kemboja dan Thailand telah berselisih selama beberapa dekad berhubung sempadan tidak bertanda sepanjang 817 kilometer, dan pertikaian itu mencetuskan konflik bersenjata pada 24 Julai lalu.
Kira-kira 300,000 orang telah dipindahkan di kedua-dua belah sempadan sejak ketegangan bermula.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked