Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA KERAJAAN RUGI RM3.07 JUTA TERPERDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

UTAMA

PESARA KERAJAAN RUGI RM3.07 JUTA TERPERDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

Polis mengesahkan seorang pesara kerajaan kerugian RM3.07 juta selepas terperdaya dengan iklan pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Julai lepas. 

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang pesara kerajaan kerugian RM3.07 juta selepas terperdaya dengan iklan pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Julai lepas. 

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata wanita berusia 62 tahun itu melihat iklan berkenaan di media sosial dan tertarik dengan keuntungan segera serta mudah yang dijanjikan, sebelum menekan pautan yang tertera dan berhubung dengan suspek.

Beliau berkata warga emas itu juga diminta untuk memuat naik aplikasi di telefon bimbit kononnya bagi membolehkan mangsa memantau pelaburan yang dilakukannya.

“Mangsa yang percaya dengan keuntungan segera dijanjikan kemudiannya membuat 29 transaksi pindahan wang berjumlah RM3,070,443 ke enam akaun bank berbeza atas arahan suspek, antara 19 Ogos hingga 15 Okt lepas. 

“Mangsa bagaimanapun mengesyaki telah diperdaya apabila gagal membuat pengeluaran wang pelaburan melalui aplikasi yang diberikan dan suspek gagal dihubungi, sebelum dia membuat laporan polis pada 24 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ab Rahaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading