PENDAKWAAN TUTUP KES SITI BAINUN, KEPUTUSAN 24 NOV
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.
“Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini,” katanya.
Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Izralizam kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 Nov sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 Nov ini sama ada membebaskan Siti Bainun atau memerintahkan tertuduh membela diri.
Nor Azizah turut memaklumkan bahawa pendakwaan telah menawarkan 15 saksi kepada pembelaan antaranya bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun sekiranya tertuduh diperintah membela diri.
Pada prosiding hari ini, Siti Bainun diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif
Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, barisan peguam pemerhati hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran perbicaraan kes tersebut.
“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap prosiding mahkamah dan berharap keadilan akan dapat ditegakkan buat anakanda Bella pada akhir kes ini dan kejadian yang menimpa Bella ini tidak boleh dibenarkan berlaku lagi dalam masyarakat kita,” menurut kenyataan itu.
Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lepas dan antara saksi pendakwaan ialah Bella, bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked