Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH BEBAS DIREMAN SEMULA DISYAKI SELEWENG DANA RM1.3 JUTA

DALAM NEGARA

PENDAKWAH BEBAS DIREMAN SEMULA DISYAKI SELEWENG DANA RM1.3 JUTA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman semula seorang pendakwah bebas serta ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman semula seorang pendakwah bebas serta ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.

Perintah reman sehingga 8 Feb terhadap dua suspek itu dikeluarkan Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 30-an ditahan sekali lagi kira-kira 6 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani melibatkan siasatan kes lain.

“Pendakwah bebas yang juga pengarah urusan institusi itu direman buat kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.

“Pada masa sama, siasatan mendapati dua suspek terlibat telah meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai kira-kira RM500,000,” katanya.

Semalam, dua suspek itu ditahan reman kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai bayaran mengumpul dana institusi pusat pendidikan dan dakwah tersebut tanpa mendapat kelulusan rakan kongsi lain.

Mereka ditahan reman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani dan dibebaskan pada 5 petang hari sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sejak Oktober tahun lepas dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading