Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Koh bulan lepas.
MANJUNG: Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Koh bulan lepas.
Lin Chee Ming, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan jaminan juga tidak ditawarkan.
Lelaki itu didakwa membunuh Ling Chin Kian, 78, di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan antara 3.40 pagi hingga 4.44 pagi pada 26 Nov lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 10 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen, laporan bedah siasat, patalogi, forensik dan kimia.
Di mahkamah sama, Lin dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku mengambil dadah jenis amfetamina dan metamfetamina di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 10.45 malam 4 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.
Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azizah Ahmad pula, Lin dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku memberikan kepada diri sendiri dadah jenis morfin, dan turut dikenakan pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Tertuduh, yang memiliki tiga kesalahan lampau, didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat BSJN IPD Manjung pada 4.30 petang 20 Jan lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager