MALAYSIA TUNGGU LAMPU HIJAU PBB UNTUK HANTAR PASUKAN PENGAMAN KE GAZA
Malaysia hanya menunggu lampu hijau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin bagi misi keamanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
MELAKA: Malaysia hanya menunggu lampu hijau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin bagi misi keamanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Beliau berkata hasrat itu sudah dipanjangkan melalui Majlis Keselamatan PBB dan kini hanya menunggu mandat rasmi sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan.
“Kita memang sentiasa bersedia menghantar pasukan pengaman bagi tugasan antarabangsa malah menyediakan satu batalion bagi misi sedemikian.
“Untuk menghantar pasukan kita ke Gaza, kita juga perlu mengambil kira persetujuan penduduk Palestin selaras dengan pendirian Malaysia yang menekankan penyelesaian komprehensif memandangkan keamanan di Palestin memerlukan pendekatan menyeluruh,” katanya.
Adly berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri hari ini.
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengekalkan komitmen antarabangsa, dengan 150 anggota pengaman Malaysia Batalion (Malbatt) 850-12 kini bertugas di Lubnan dan dijangka berakhir pada akhir 2026.
“Pasukan kita sentiasa bersedia untuk digerakkan ke mana-mana lokasi yang memerlukan misi keamanan antarabangsa,” katanya.
Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu arahan rasmi daripada PBB berhubung misi pengaman ke Gaza.
Mohd Nizam berkata pihaknya telah berada pada tahap kesiapsiagaan untuk diaturgerakkan ke sana bagi melaksanakan misi itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests