Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANUT KRISTIAN DI SABAH, SARAWAK DIBENAR GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK PENDIDIKAN

DALAM NEGARA

PENGANUT KRISTIAN DI SABAH, SARAWAK DIBENAR GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK PENDIDIKAN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan kebenaran penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah Allah dan tiga lagi perkataan lain dalam penerbitan bahan pendidikan untuk ahli komuniti agama berkenaan.

Tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah solat, Kaabah dan Baitullah.

Lapor Sinar Harian, Hakim, Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Pun begitu, penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku atau bahan pendidikan disyaratkan sekiranya perkataan terbabit digunakan.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading