Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH DIREMAN DISYAKI DERA BAYI DUA BULAN HINGGA PATAH KAKI

DALAM NEGARA

PENGASUH DIREMAN DISYAKI DERA BAYI DUA BULAN HINGGA PATAH KAKI

Seorang pengasuh wanita ditahan reman selama enam hari disyaki terlibat kes seorang bayi perempuan dua bulan yang didera sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn, di Joho Bahru.

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh wanita ditahan reman selama enam hari disyaki terlibat kes seorang bayi perempuan dua bulan yang didera sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, suspek berusia 36 tahun itu direman bermula Selasa sehingga Ahad.

“Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.

“Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu, tular hantaran yang dimuat naik ibu bayi tersebut yang mengesan sesuatu yang tidak kena selepas mengambil anaknya daripada pengasuh pada Sabtu lalu.

Menurut dakwaannya, ketika menukar lampin, bapa mangsa ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain anaknya tidak aktif seperti kurang minum susu.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke sebuah klinik bagi pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Dalam hantaran tersebut mendakwa ketika ibu bapa bayi itu bertanyakan kepada pengasuh mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia hanya memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading