KUANTAN: Polis Pahang merekodkan 27 kes orang hilang sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes sudah selesai, manakala selebihnya masih dalam siasatan melibatkan beberapa daerah iaitu di Bera, Jerantut, Lipis, Pekan dan Kuantan.
“Kebanyakan individu dilaporkan hilang berjaya ditemukan kembali termasuk kes melibatkan remaja perempuan Nur Aina Faqihah Sharizan,17, yang dijumpai orang ramai di Bandar Triang, Bera kelmarin.
“Sementara itu, 10 lagi belum ditemukan atau kes yang sedang disiasat melibatkan empat kes di Bera, Jerantut (satu), Lipis (tiga), Kuantan (satu) dan Pekan (satu). Ini termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum dijumpai iaitu Rosdan Mat, 52, dari Kampung Redan dekat Lipis dan dia dipercayai masuk ke hutan berdekatan serta merayau-rayau di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Yahaya berkata pihaknya masih meneruskan siasatan dan berusaha untuk mengesan lelaki OKU itu serta kes ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Mengulas mengenai penemuan Nur Aina Faqihah, beliau berkata polis mengesahkan pelajar tingkatan lima itu tidak diculik tetapi hanya melarikan diri daripada keluarga.
“Nur Aina Faqihah dipercayai menumpang rakan untuk pergi ke daerah lain sebelum dia ditemukan berkeliaran di bandar Triang oleh orang ramai sebelum dibawa ke balai polis.
“Pemeriksaan kesihatan mendapati dia dalam keadaan baik, cuma agak trauma dan kita memerlukan sedikit masa untuk mengambil keterangan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager