Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT DIJUMPAI TERAPUNG DI SUNGAI JERTIH

DALAM NEGARA

MAYAT DIJUMPAI TERAPUNG DI SUNGAI JERTIH

Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di Jertih, pagi tadi.

JERTIH: Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.

“Mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan yang telah bengkak.

“Identiti mayat belum diketahui kerana polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

Abdul Rozak berkata mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading