Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MURID SK PULAU GAYA MAKAN NASI LEMAK SEBELUM ALAMI KERACUNAN MAKANAN

DALAM NEGARA

MURID SK PULAU GAYA MAKAN NASI LEMAK SEBELUM ALAMI KERACUNAN MAKANAN

Siasatan awal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, Kota Kinabalu, yang mengalami keracunan makanan pada Isnin lepas memakan nasi lemak sekitar 9.50 pagi pada hari berkenaan.

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Siasatan awal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini yang mengalami keracunan makanan pada Isnin lepas memakan nasi lemak sekitar 9.50 pagi pada hari berkenaan.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan terlibat masih dalam siasatan. 

Beliau berkata 103 murid berusia enam hingga 12 tahun di sekolah itu mengalami gejala muntah, cirit-birit dan sakit perut dengan lapan kes dimasukkan ke wad, manakala 95 kes dirawat sebagai pesakit luar.

“Tindakan kawalan telah dilaksanakan termasuk memberi rawatan bersesuaian, menjalankan pengesanan kes secara aktif dan pendidikan kesihatan kepada individu terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata pihaknya turut melakukan pengambilan sampel makanan, minuman dan persekitaran bagi pengesahan punca kejadian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai antaranya supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan, kawasan dapur bebas serangga, makhluk perosak dan haiwan lain serta memasak makanan dengan sempurna.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan di sekolah berkenaan dengan kejadian dikesan sekitar 12 tengah hari pada Isnin lalu apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading