Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAINJ PANTAU SECARA AKTIF LIMA AJARAN SESAT

DALAM NEGARA

JAINJ PANTAU SECARA AKTIF LIMA AJARAN SESAT

Sebanyak 19 ajaran atau fahaman difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu sejak 1986 hingga 2022 antaranya ajaran Ayah Pin, Wahabi, Taslim, Ilmu Makrifat, Gunung Ledang Tangkak, Azman Samat, Yayi dan Hadi Minallah.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara aktif lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata ajaran tersebut ialah Syiah, Hizbut Tahrir, Millah Abraham, Suhaini Mohammad (Sihulk) dan ajaran Qadiani.

Beliau berkata dua laporan diterima berhubung ajaran Millah Abraham di Segamat dan Pontian tahun ini namun tiada aduan diterima mengenai ajaran Syiah dan Hizbut Tahrir setakat ini.

“Sihulk, kumpulan ini bergerak aktif di media sosial dan sentiasa dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Kumpulan ini aktif di New Zealand.

“Sementara ajaran Qadiani dalam proses difatwakan semula daripada murtad kepada ajaran yang bertentangan dengan Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ajaran sesat yang dipercayai masih aktif di Johor. 

Mohd Fared berkata penguat kuasa JAINJ sentiasa bergerak tanpa mengira waktu dan bersedia mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan ajaran seumpama itu.

Sebanyak 19 ajaran atau fahaman difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu sejak 1986 hingga 2022 antaranya ajaran Ayah Pin, Wahabi, Taslim, Ilmu Makrifat, Gunung Ledang Tangkak, Azman Samat, Yayi dan Hadi Minallah.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri penahanan dan pendakwaan pengikut ajaran dan fahaman sesat termasuk kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Johor, beliau berkata hal itu menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa menjalankan tugas dan kerajaan negeri akan terus bekerjasama bagi membanteras ajaran seumpama itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading