Anthony Loke (kanan) memeriksa kadar ketelusan cahaya pada cermin penumpang hadapan selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan di Putrajaya hari ini. – FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHMAN
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengumumkan peraturan tiada had
kadar peratusan bagi penggunaan cermin gelap di bahagian cermin sisi
kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan persendirian
bermula hari ini.
Menterinya, Anthony Loke bagaimanapun berkata, penggunaan cermin
gelap pada bahagian hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih
kekal iaitu 70 peratus untuk bahagian cermin depan kenderaan dan 50
peratus bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu.
Menurutnya, ia
adalah pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah
Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang
turut melibatkan perkhidmatan e-hailing seperti Grab.
“Pindaan dibuat bertujuan untuk meningkatkan aspek ketelusan dalam
pertimbangan ke atas permohonan menggunakan cermin yang lebih gelap,
selain menyumbang kepada hasil kerajaan.
“Manakala pengecualian
di atas faktor kesihatan pula hendaklah mendapat pengesahan bertulis
daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada
sebarang fi,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Sementara
itu, beliau menasihatkan mana-mana individu yang ingin memohon untuk
menggunakan cermin yang lebih gelap boleh membuat permohonan atas faktor
keselamatan dan kesihatan.
“Setiap permohonan yang dikemukakan
atas faktor keselamatan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50
untuk setiap permohonan.
“Permohonan yang diluluskan pula akan
dikenakan fi sebanyak RM5,000 dan setiap kelulusan diberikan untuk
tempoh dua tahun,” katanya.
Anthony berkata, kelulusan akan diputuskan oleh satu jawatankuasa
yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPJ yang mengambil kira saman
tertunggak dan latar belakang pemandu.
“Permohonan berdasarkan
faktor kesihatan seperti penyakit kulit akan dikecualikan daripada
sebarang fi dan mereka perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar
perubatan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, pindaan peraturan yang dibuat itu menepati piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus akan membolehkan orang ramai menggunakan cermin lebih gelap daripada peraturan semasa, khususnya kepada penumpang. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.