Anis Mardiana, 45, yang kini tidak boleh berdiri dalam tempoh lama akibat daripada penyakit yang dihadapinya itu, tetap menggagahkan diri untuk berdiri ketika menerima skrol PhD dalam bidang pengangkutan dan logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
SHAH ALAM: Biarpun disahkan menghidap kanser kolon atau usus tahap empat sejak dua minggu lepas, ia tidak mematahkan semangat Dr Anis Mardiana Abdullah hadir bagi mengambil skrol Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Konvokesyen ke-95 Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.
Anis Mardiana, 45, yang kini tidak boleh berdiri dalam tempoh lama akibat daripada penyakit yang dihadapinya itu, tetap menggagahkan diri untuk berdiri ketika menerima skrol PhD dalam bidang pengangkutan dan logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Ibu satu anak itu berkata beliau tidak mahu menyusahkan pihak universiti untuk menolaknya di atas kerusi roda, selain mahu cuba bertahan untuk berdiri pada hari bersejarahnya.
Katanya, beliau turut tidak menyangka namanya dipilih sebagai penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).
“Masa saya belajar (PhD), saya tidak mempunyai simptom yang teruk hanya tangan yang menggeletar ketika menulis, yang saya sangka ia disebabkan stress.
“Lepas tamat belajar, saya membuat pemeriksaan dan mendapati saya menghidapi kanser tiroid. Tetapi, disebabkan kesihatan saya bertambah teruk, saya pergi membuat pemeriksaan lanjut dan doktor sahkan saya ada kanser kolon tahap empat,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen di sini hari ini.
Tambah Anis Mardiana, beliau akan menjalani pembedahan berkaitan penyakitnya itu pada minggu hadapan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.
“Kalau ikut kata doktor sudah lama penyakit ini, tetapi, kita tidak rasa sakit. Saya berharap pembedahan berjalan lancar,” kata wanita yang tidak lekang senyuman di bibirnya.
Sementara itu, penerima Ijazah Sarjana Perubatan Patologi dan Anatomi Dr Siti Shakinah Sobri, 36, berkata walaupun sedang menunggu hari bagi melahirkan anak sulongnya, wanita itu tetap tidak mahu melepaskan peluang hadir pada istiadat konvokesyen tersebut.
Beliau yang kini bertugas di bahagian patologi Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis itu berkata pada awalnya, hasrat menghadiri istiadat itu dihalang suaminya.
“Kandungan sekarang sudah 36 minggu, tetapi saya mahu datang juga sebab mahu berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan (rakan sarjana).
“Asalnya suami tidak bagi sebab sedang sarat mengandung, tetapi dia temankan juga saya pada majlis hari ini,” katanya.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Perubatan kepada 116 graduan.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 (Sesi Disember 2021) berlangsung pada 26 Nov sehingga 21 Dis 2022 dengan menyaksikan seramai 31,220 graduan, akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager