Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR SETUJU SUBSIDI, KAWALAN HARGA AYAM, TELUR DITERUSKAN SELEPAS 1 JULAI

DALAM NEGARA

PM ANWAR SETUJU SUBSIDI, KAWALAN HARGA AYAM, TELUR DITERUSKAN SELEPAS 1 JULAI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur, yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, diteruskan selepas 1 Julai ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur, yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, diteruskan selepas 1 Julai ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa perkara itu diputuskan setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan.

“Keputusan meneruskan pemberian subsidi ini (juga) diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI,” menurut kedua-dua kementerian itu.

Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Feb lalu membuat keputusan meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Jan hingga 30 Jun ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading