POLIS BONGKAR DUA PUSAT PANGGILAN PENIPUAN DALAM TALIAN DI SEPANG, TAHAN 24 WARGA ASING
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian membabitkan cabutan bertuah dan forex dalam serbuan di dua rumah teres tiga tingkat yang dijadikan pusat panggilan di Sunsuria City, Sepang, Rabu lepas.
SHAH ALAM: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian membabitkan cabutan bertuah dan forex dalam serbuan di dua rumah teres tiga tingkat yang dijadikan pusat panggilan di Sunsuria City, Sepang, Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dalam serbuan pertama kira-kira 1 tengah hari melibatkan sindiket penipuan cabutan bertuah dalam talian, polis menahan 14 warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita berusia antara 25 hingga 37 tahun.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada 5 petang di kawasan sama, polis menahan tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing berusia antara 21 hingga 35 tahun terlibat sindiket penipuan forex dalam talian.
”Siasatan awal mendapati kedua-dua kes ini merupakan sindiket yang berlainan yang menyasarkan warga China sebagai mangsa. Dipercayai mereka (suspek) masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Jun lepas menggunakan pas lawatan sosial dan pas kerja.
”Semakan juga sedang dibuat dengan Jabatan Imigresen (JIM) bagi mengesahkan ketulenan dokumen mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata bagi penipuan cabutan bertuah, suspek menggunakan aplikasi ‘QQ (Jin Chan)’ sebagai platform e-iklan bagi mendorong mangsa membeli nombor bertuah yang menjanjikan hadiah wang tunai sedangkan ia tidak wujud.
Beliau berkata bagi penipuan forex, suspek terlibat akan mencari mangsa menerusi aplikasi ‘Tonghuasun’ sebelum menggunakan Telegram bagi urus niaga dengan mangsa dijanjikan pulangan keuntungan yang tinggi sedangkan pelaburan terbabit tidak wujud.
“Jumlah rampasan bagi kedua-dua kes adalah sebanyak RM60,000 melibatkan barangan antaranya komputer riba, telefon bimbit serta router,” katanya.
Kesemua individu berkenaan, katanya kini direman seminggu hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked