KERAJAAN PERKUKUH PENGUATKUASAAN NAFKAH, 9,674 KES BERJAYA DIAMBIL TINDAKAN
Kerajaan MADANI, melalui kerjasama rentas agensi, mempertingkatkan penguasaan terhadap pesalah culas nafkah bagi memastikan kebajikan wanita dan kanak-kanak dilindungi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI, melalui kerjasama rentas agensi, mempertingkatkan penguasaan terhadap pesalah culas nafkah bagi memastikan kebajikan wanita dan kanak-kanak dilindungi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melaksanakan tindakan termasuk saman penghutang, potongan gaji automatik, pembekuan akaun melalui mekanisme hiwalah serta hukuman penjara hingga 30 hari.
“Kerajaan memandang serius isu kegagalan membayar nafkah kerana perkara itu satu bentuk pengabaian tanggungjawab yang menjejaskan kebajikan wanita dan anak-anak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan senator Dr Wan Martina Wan Yusoff dan Senator Datuk Edward Linggu Bukut tentang isu kegagalan membayar nafkah di Mahkamah Syariah.
Menjelas lanjut, Mohd Na’im berkata pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan undang-undang berkaitan membolehkan institusi kewangan membekukan akaun penghutang untuk tujuan pelunasan tunggakan nafkah.
Setakat September 2025, sebanyak 152 kes hiwalah didaftarkan dan 26 daripadanya berjaya diselesaikan dengan nilai keseluruhan RM79,820 dipindahkan kepada penerima.
Mohd Na’im berkata BSK turut mewujudkan Unit Pemantauan bagi menilai pematuhan perintah nafkah, mengurus potongan gaji serta mencadangkan tindakan undang-undang terhadap ketidakpatuhan.
BSK juga bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan alamat, pendapatan dan status terkini bekas suami melalui Unit Pengesanan Maklumat.
“Integrasi data ini mempercepat tindakan penguatkuasaan dan mengurangkan ruang pesalah melarikan diri daripada tanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata pangkalan data pesalah nafkah diperkukuh melalui sistem e-Nafkah, manakala Mahkamah Khas Nafkah yang ditubuhkan kini mencapai sasaran mempercepat penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan.
Menjawab cadangan menubuhkan tabung nafkah sementara, Mohd Na’im berkata kerajaan telah menyediakan mekanisme sedia ada melalui Pendahuluan Nafkah dan Bantuan Nafkah yang diuruskan BSK serta Majlis Agama Islam Negeri.
Pendahuluan nafkah akan dikutip semula selepas tunggakan berjaya diperoleh melalui tindakan mahkamah, manakala Bantuan Nafkah disediakan untuk asnaf fakir dan miskin, katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked