POLIS BUKA KERTAS SIASATAN FITNAH SENATOR PAKSA PENGAWAL PERIBADI MAKAN KHINZIR
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah melibatkan seorang Ahli Dewan Negara di Pulau Pinang kononnya memaksa pengawal peribadinya yang beragama Islam memakan daging khinzir.
NIBONG TEBAL: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah melibatkan seorang Ahli Dewan Negara di Pulau Pinang kononnya memaksa pengawal peribadinya yang beragama Islam memakan daging khinzir.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
“Lelaki itu membuat laporan polis selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu bertanyakan mengenai dakwaan bahawa pengawal peribadinya membuat laporan polis terhadapnya kerana memaksa memakan daging khinzir.
“Dakwaan itu telah dinafikan oleh senator terbabit, malah pegawal peribadinya juga turut membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.
Hamzah berkata pemeriksaan pihak polis juga mendapati tiada laporan polis yang dibuat pengawal peribadi senator itu berhubung perkara terbabit di mana-mana balai polis di seluruh negara.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk akan merekodkan keterangan pihak yang terlibat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata polis menahan dua lelaki yang mempunyai 25 rekod lampau kerana terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa dalam serbuan di Juru, Bukit Mertajam dekat sini dan Air Itam, George Town semalam.
Beliau memaklumkan dua lelaki berumur 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 12.20 tengah malam.
“Berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu terlibat dalam lima kes samun mendatangkan cedera dan satu kes curi motosikal di daerah SPT sehingga menyebabkan kerugian RM12,350 dalam semua kes itu.
“Susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas pelbagai barangan digunakan untuk kegiatan jenayah antaranya pisau dan merampas wang tunai pelbagai negara serta dua motosikal dipercayai hasil kegiatan curi mereka,” katanya.
Hamzah berkata pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang mempunyai 25 dan 14 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked