PERMOHONAN TANGGUH HUKUMAN DITOLAK, PU AZMAN DIHANTAR KE PENJARA KAJANG
Ini berikutan Hakim Noridah Adam menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad mewakili Azman Syah, 43, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu diputuskan di Mahkamah Tinggi di sini.
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias (kiri) atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas. –fotoBERNAMA
KLANG: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Ini berikutan Hakim Noridah Adam menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad mewakili Azman Syah, 43, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu diputuskan di Mahkamah Tinggi di sini.
“Permohonan peguam untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ditolak, kerana tiada keadaan khas dikemukakan oleh pembelaan,” kata Noridah.
Azman Syah memakai kurta biru yang berada di kandang tertuduh mengangguk faham, selepas ditanya Noridah sama ada dia memahami keputusan mahkamah itu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan ke atas Azman Syah selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.
Terdahulu, Mohamad Zahid berkata pihaknya memohon mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan kerana anak guamnya merupakan pesalah pertama dan tidak pernah disabitkan atas jenayah lampau.
“Kebarangkalian tertuduh terlibat dengan kes jenayah semasa menunggu rayuan adalah tipis. Jika mahkamah meneruskan hukuman, ia akan menyukarkan kami untuk menyediakan pembelaan untuk kes lain yang dihadapi tertuduh, termasuk permohonan rayuan yang terbaik demi keadilan kepada tertuduh,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad pula berkata permohonan itu perlu ditolak kerana alasan yang diberikan pihak pembelaan tidak tergolong dalam keadaan khas yang luar biasa untuk penangguhan tersebut.
Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun 2022.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mohamad Zahid ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini secepat mungkin terhadap penangguhan pelaksanaan hukuman dan keputusan hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.