PAHANG PANDANG SERIUS ISU GISBH, TIADA KOMPROMI AJARAN LANGGAR AKIDAH DAN SYARIAH
Sebelum ini, media melaporkan lima kanak-kanak yang ditemukan dalam serbuan di dua premis rumah kebajikan di Temerloh dipercayai ada kaitan dengan GISBH, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
TEMERLOH: Kerajaan Pahang memandang serius isu berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ajaran yang melanggar akidah atau syariah di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis yang dikaitkan dengan GISBH di Pahang.
“Sekarang ini, (aktiviti berkait dengan GISBH) dalam siasatan polis dan sudah tentulah kita ambil berat juga memandangkan ia isu semasa, topik hangat dan perbualan orang ramai, jadi kita memantaulah.
“Kalau kita ada laporan (mengenainya), kita sampaikan maklumat tersebut kepada pihak polis untuk disiasat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah FELCRA Berhad (FELCRA) dan Skim Tanah Rakyat Daerah Temerloh di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai situasi GISBH di negeri itu sama ada membimbangkan atau sebaliknya.
Sebelum ini, media melaporkan lima kanak-kanak yang ditemukan dalam serbuan di dua premis rumah kebajikan di daerah ini dipercayai ada kaitan dengan GISBH, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.
Kesemua kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun itu telah dirujuk sebagai kes pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak dan pemeriksaan awal HOSHAS mendapati, terdapat kesan parut lecur lama dan lebam pada badan kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, pihak HOSHAS juga mengesan simptom dan tanda-tanda kekurangan zat makanan dan kekurangan berat badan kanak-kanak terbabit, serta siasatan terhadap kecederaan fizikal.
Dalam pada itu, mengulas mengenai program hari ini Wan Rosdy berkata kerajaan Pahang yakin sasaran jumlah hak milik tanah negeri itu dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya satu juta hak milik dalam tempoh tiga tahun.
“Sekarang ini, sudah ada lebih 800,000 hak milik (tanah negeri yang sudah diberikan kepada pemohon). Kerajaan Pahang bersetuju meluluskan 337 hak milik bagi FELCRA Kerdau merangkumi FELCRA Kerdau 1, 2 dan 3.
“Bagi Skim Tanah Rakyat (STR) (untuk hari ini), kerajaan negeri telah meluluskan 1,128 hak milik merangkumi 14 STR. Jumlah keseluruhan hak milik diluluskan oleh kerajaan negeri bagi FELCRA Kerdau 1, 2 dan 3 dan 14 STR di Temerloh ialah sebanyak 1,465 hak milik,” katanya dan menambah kelulusan tanah yang diberikan itu adalah untuk kegunaan pertanian dan kediaman. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked