NEGARA BERDEPAN ISU BANJIR DI KAWASAN TIDAK PERNAH BERLAKU SEBELUM INI
Negara kini berhadapan cabaran serius iaitu kerap berlaku banjir dan banjir di kawasan yang tidak pernah dilanda bencana itu, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.
PUTRAJAYA: Negara kini berhadapan cabaran serius iaitu kerap berlaku banjir dan banjir di kawasan yang tidak pernah dilanda bencana itu, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.
Beliau berkata ketika ini kadar dan intensiti banjir semakin meningkat malah jumlah hari bencana itu turut meningkat di beberapa negeri.
“Kita nampak sekarang ini kekerapan (banjir) bertambah, jumlah hari banjir makin lama makin tinggi dan paling merisaukan bagi saya ialah tempat dulu yang tak pernah mengalami banjir sekarang mengalami banjir.
“Tetapi, kita tidak bersedia, macam insiden banjir di Kelantan dan Terengganu dah biasa, sebab dah terlalu biasa, sampai kanak-kanak tertunggu-tunggu banjir. Namun, banjir ialah pengalaman yang traumatik,” katanya pada sesi rapat umum Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata situasi itu telah menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering memberikan keutamaan dan memandang serius projek tebatan banjir di seluruh negara.
“Kita tengok di dada akhbar, selalu keluar, bila perdana menteri (Anwar) pergi mana-mana, mesti fokus dia pada projek tebatan banjir sebab isu banjir ini makin lama menjadi lebih penting,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan RM11.8 bilion untuk pelaksanaan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi di seluruh negara dalam Belanjawan 2024.
Raja Nurshirwan berkata IKK amat penting dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bencana serta tahap keselamatan negara sekali gus mempersiapkan rakyat dalam berhadapan sebarang bencana.
“Kalau kita tiada IKK, tugas kita untuk tingkat kesedaran isu keselamatan akan jadi masalah. Saya harap menerusi sesi penglibatan seperti ini, orang awam akan lebih berpengetahuan mengenai sebahagian cabaran ini,” katanya.
Menerusi IKK, kerajaan mendapat maklum balas dan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai aspek keselamatan serta memastikan wujud konsensus tentang isu keselamatan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Sesi rapat umum IKK membincangkan mengenai sembilan teras yang digariskan dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 iaitu kedaulatan dan keutuhan Malaysia, kestabilan sosiopolitik, tatakelola yang baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat dan pengiktirafan antarabangsa.
IKK telah dilancarkan Anwar pada 30 Julai lepas sempena Bulan Keselamatan Negara 2024. Indeks itu merupakan instrumen pengukuran rasmi terhadap tahap keselamatan negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked